Ditipu ketika temu duga - Utusan Malaysia

Ditipu ketika temu duga

PENCARi kerja dinasihatkan menyelidik latar belakang sesebuah syarikat sebelum memohon jawatan kosong yang diiklankan di aplikasi pencarian pekerjaan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DALAM suasana ekonomi tidak stabil, sudah pasti ramai yang terkesan termasuk pelajar lepasan universiti yang agak sukar mendapat pekerjaan.

Hampir tiga atau empat kali dalam sehari, saya akan melayari aplikasi pencarian kerja untuk memohon pekerjaan. Akhirnya, saya berjaya dipanggil untuk menghadiri temuduga di sebuah syarikat.

Malangnya ketika ditemu duga, saya menyedari syarikat tersebut tidak ikhlas mengiklankan jawatan kosong. Begitu mudah saya diterima bekerja tanpa melihat sijil-sijil atau menyoal secara mendalam. Malah, sesi temuduga tidak sampai pun 10 minit.

Saya terus diterima bekerja dengan syarat perlu mengikuti kursus selama dua minggu dan gaji dikira selepas tempoh tersebut.

Saya rasa begitu pelik, lantas saya bertanya mengenai kursus tersebut tetapi jawapan mereka adalah untuk melatih pekerja baharu berhubung persekitaran pekerjaan.

Apabila perkara ini dikongsi bersama rakan, rupanya syarikat tersebut menjalankan pemasaran dalam talian, namun tidak pasti produk yang dijual.

Lebih memeranjantkan, ramai telah diperdaya oleh syarikat tersebut. Nasib baik saya tergerak hati untuk bertanyakan perkara itu kepada rakan.

Saya ingin nasihatkan kepada pencari kerja agar berhati-hati dalam mencari pekerjaan dan selidiklah terlebih dahulu latar belakang syarikat supaya tidak menjadi mangsa penipuan.

NOR NAJLAA RAMLIE
Taman Melati, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya