Tukar penguat kuasa setiap tahun - Utusan Malaysia

Tukar penguat kuasa setiap tahun

PBT di setiap negeri mesti melaksanakan pertukaran anggota penguat kuasa secara berkala setiap tahun. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat rasuah adalah isu lama yang berlarutan sejak dahulu lagi. Terbaru, penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) disyaki mengutip wang perlindungan bulanan antara RM300 hingga RM3,500 daripada peniaga tanpa lesen termasuk yang terlibat dengan kegiatan perjudian haram di Sungai Buloh.

Walaupun ramai yang telah dihadapkan ke mahkamah tetapi kegiatan berkenaan masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda. Buktinya, tauke perjudian haram terus menjalankan kegiatan mereka tanpa rasa takut. Selain menambah baik undang-undang sedia sedia supaya pesalah dikenakan hukuman lebih berat, saya mencadangkan PBT di setiap negeri mengadakan pertukaran anggota penguat kuasa secara berkala setiap tahun. Ini bermakna pegawai penguat kuasa MBSA tidak akan kekal berkhidmat di satu-satu tempat sehingga bersara sebaliknya mereka akan ditukarkan ke PBT lain di negeri sama setiap tahun.

Saya yakin saranan ini yang telah dilaksanakan oleh agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dapat mengurangkan kegiatan rasuah dalam kalangan anggota penguat kuasa PBT.
Setiap PBT juga perlu menyediakan nombor telefon khusus untuk memudahkan orang ramai membuat aduan mengenai penguat kuasa yang terlibat rasuah. Kaedah sedia ada yang mensyaratkan orang yang membuat aduan perlu memberikan nama penuh dan nombor telefon untuk dihubungi perlu kaji. Yang penting adalah maklumat sahih, bukan orang yang membuat aduan. Jika dibimbangi ada pihak sengaja membuat aduan palsu, siasat terlebih dahulu sebelum bertindak.

ACIK JANGGUT
Kajang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya