Semua salah peneroka saja? - Utusan Malaysia

Semua salah peneroka saja?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UTUSAN Malaysia baru-baru ini melaporkan tentang kegelisahan dan kerisauan hati para peneroka yang terlibat dengan perlombongan bauksit di Felda Bukit Goh, Kuantan apabila mereka mula diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Rata-rata mereka terkejut apabila diminta menjelaskan bayaran cukai kepada LHDN. Jika diikutkan surat dikeluarkan agensi pengurus cukai itu, ada peneroka perlu membayar cukai kira-kira RM500,000. Bak kata orang, bukan kecil anak. Luah mereka: “Macam mana hendak bayar? Pakcik dan makcik tiada duit sebanyak itu.”

LUPA DIRI

Sejurus disiarkan laporan berita tersebut, pelbagai komen dilemparkan oleh warganet yang membacanya. Ada yang menyalahkan peneroka Felda Bukit Goh sendiri kerana dikatakan lupa diri dan hanya memikirkan keuntungan sewaktu mula terlibat dalam kegiatan perlombongan bahan mineral itu. Terdapat juga tidak menyalahkan peneroka dengan alasan, rata-rata mereka yang terlibat tidak tahu dan tidak dimaklumkan perlu membayar cukai.

Apa pun komen warganet, hakikatnya ketika ini, kehidupan warga peneroka di Felda Bukit Goh terutama mereka yang terlibat dengan perlombongan bauksit cukup terbeban. Hidup mereka boleh diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah hilang punca pendapatan selama hampir lima tahun, aktiviti tanam semula kelapa sawit pun tidak lagi sesuai di atas tanah ladang mereka berikutan telah dikorek untuk perlombongan bauksit. Selain itu, ada dalam kalangan peneroka dikatakan ditipu oleh pengusaha bauksit kerana masih belum menerima sepenuhnya bayaran perlombongan seperti dijanjikan.

SUSAH

Saya masih ingat kata-kata seorang peneroka dalam nada sebak: “Keadaan saya ketika ini terlalu susah akibat hilang punca pendapatan.”
Dia merayu pihak berwajib khususnya kerajaan negeri melakukan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada peneroka Felda Bukit Goh.
Jika perlombongan dilaksanakan segera, ia bukan sahaja kembali memberi sinar kepada peneroka, tetapi juga dapat menghasilkan pendapatan tambahan kepada kerajaan negeri.
Hentikanlah berterusan menyalahkan peneroka Felda Bukit Goh dalam isu bauksit. Segera laksanakan sesuatu demi manfaat dan memberikan situasi menang-menang kepada semua pihak.

 

PENULIS ialah Koresponden Utusan Malaysia Pahang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya