SAUDARA PENGARANG,
BARU-BARU ini, saya mengunjungi sebuah restoran berkonsep terbuka di Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur. Suasana di restoran berkenaan memang menarik dengan pelbagai menu khususnya kepada peminat makanan cita rasa ala-Barat. Oleh sebab itu, restoran berkenaan sering menjadi tumpuan golongan ekspatriat. Cuma yang tidak sedap dipandang adalah mesin bayaran letak kereta yang berada dalam keadaan ‘comot’ kerana diconteng dengan pelbagai lakaran grafiti.
Terdapat juga beberapa mesin sama yang telah rosak. Jika berfungsi pun, amat sukar digunakan kerana punatnya sudah pudar.
PEMINAT PIZA
Shah Alam, Selangor