Robot pemetik buah sawit? - Utusan Malaysia

Robot pemetik buah sawit?

GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

INDUSTRI sawit Malaysia menjana puluhan bilion ringgit setiap tahun kepada nilai eksport dan merupakan antara penyumbang terpenting pendapatan negara. Pada 2019 misalnya, nilai eksport minyak sawit adalah sebanyak RM64 bilion. Sektor ini sudah bertahun-tahun berhadapan dengan isu kekurangan tenaga kerja yang mengakibatkan kehilangan hasil apabila tandan buah segar tidak dapat dipetik. Selama ini kita bergantung kepada pekerja asing terutama dari Indonesia untuk bekerja di ladang.

Justeru, sektor ini memerlukan revolusi model pertanian pintar yang digerakkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Sawit Malaysia (MPOB).
Penyelesaian yang boleh dipertimbangkan adalah menggunakan dron dan robot. Dron memang telah digunakan dalam pengurusan ladang sawit moden melalui kerja-kerja pemetaan digital.

Diharapkan kerajaan memperuntukkan sejumlah dana untuk geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada MPOB, universiti dan syarikat pemula bagi mencipta dron dan robot yang boleh digunakan secara komersial di ladang sawit. Ini bakal menjadikan Malaysia sebaris dengan negara maju pencipta teknologi dan bukan pengguna teknologi semata-mata.
Pengenalan teknologi baharu dalam sektor perladangan mampu meningkatkan prestij industri sawit negara sekali gus menarik minat generasi muda untuk menyertai sektor ini.

M. FAISAL
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya