SAUDARA PENGARANG,
SAYA ingin merayu kepada kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya bantuan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) diberikan penilaian semula. Untuk makluman, golongan OKU yang bekerja diberikan bantuan RM450 sebulan manakala OKU yang tidak mampu bekerja menerima RM250 sebulan. Dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, bantuan sebanyak RM250 sememangnya tidak mencukupi terutama mereka yang menghidap penya-kit kronik yang memerlukan perbelanjaan agak tinggi. Tambahan pula jika ada golo-ngan OKU daripada keluarga tidak berkemampuan.
Bukan tidak bersyukur dengan apa yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi bantuan baharu yang diterima itu sekurang-kurangnya boleh mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh keluarga golongan ini. Diharap rayuan ini mendapat perhatian menteri yang berkenaan.
ANAK SELUANG
Kulim, Kedah