Piala Thomas: Kita boleh menang! - Utusan Malaysia

Piala Thomas: Kita boleh menang!

MALAYSIA menampilkan skuad terbaik ketika menjulang Piala Thomas di Kuala Lumpur pada 1992.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MUNGKIN tidak ramai dalam kalangan kita menyedari pandemik Covid-19 tidak menjejaskan kejohanan Piala Thomas yang dijadualkan dari 3 hingga 11 Oktober ini di Denmark. Saya percaya, kejohanan itu diteruskan kerana sukan badminton tidak melibatkan sentuhan secara langsung dan jarak pemain yang jauh dapat mengurangkan risiko jangkitan. Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Indonesia, Belanda dan England.

Kumpulan B pula menampilkan penyandang juara, China selain Taiwan, Australia dan Perancis. Naib juara edisi 2018, Jepun pula berada bersama-sama Korea Selatan, Thailand dan Kanada dalam Kumpulan D. Tuan rumah, Denmark diundi dalam Kumpulan C bersama-sama India, Jerman dan Algeria. Kali terakhir kita menang Piala Thomas adalah pada 1992.

Sebenarnya, Malaysia tiada alasan untuk tidak menang kejohanan berkenaan kerana kerajaan telah menyediakan kemudahan latihan yang tersusun dan pelbagai kelengkapan serba canggih. Jika dibandingkan dengan Indonesia, kemudahan latihan kita jauh lebih baik.

Saya juga mendapati barisan pemain kita sekarang adalah berkualiti dan usia mereka muda-muda belaka. Cuma satu perkara harus diberi penekanan, iaitu pemain perlu mengamalkan sikap bekerjasama dan mengutamakan semangat berpasukan.

Saya juga berharap pemain-pemain tidak terlalu ‘melayan’ media sosial bagi mengelak mereka terbaca komen-komen negatif yang boleh menjejaskan tumpuan ketika pertandingan nanti.

SUKA BOLA
Kajang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya