SAUDARA PENGARANG,
LANGKAH Kelantan sejak lama dahulu mewajibkan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda premis perniagaan nampaknya diikuti oleh Pahang yang menguatkuasakan arahan sama mulai 1 Januari lalu. Langkah itu selaras dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 yang menyatakan bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan tulisannya adalah Rumi dan Jawi.
Sehubungan itu, saya berharap PBT di seluruh negara mengambil inisiatif sama untuk turut mewajibkan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda premis. Amat malang sekali, akta yang diluluskan oleh Parlimen terus diabaikan dan sekadar dijadikan barang perhiasan.
HAJI SALIM
Port Dickson, Negeri Sembila