Mohon bina jejantas di bandar Melaka - Utusan Malaysia

Mohon bina jejantas di bandar Melaka

KEMUDAHAN jejantas perlu dibina berhadapan Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka untuk keselesaan pejalan kaki.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA merujuk aduan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 20 Ogos lalu mengenai perlu dibina jejantas di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pada pandangan saya, kemudahan sama juga perlu dibina di Jalan Merdeka berhadapan Dataran Pahlawan dan Mega Mall di Banda Hilir, Melaka. Keperluan jejantas untuk pejalan kaki amat perlu di situ. Walaupun sudah ada lintasan pejalan kaki, namun ia tidak memadai kerana telah menyekat kelancaran trafik pada waktu puncak terutama hujung minggu dan cuti am.

Keadaan ini mengkibatkan berlaku kesesakan berjam-jam lamanya walaupun perjalanan hanya sejauh lima kilometer dari Jalan Munshi ke Bandar Hilir. Ia ekoran tindakan pejalan kaki yang kerap menekan butang lampu isyarat menyebabkan kenderaan terpaksa berhenti apabila lampu bertukar merah.
Harap pihak berkuasa negeri dapat mengambil tindakan segera dengan membina jejantas ini.

AMIN
Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya