Minta DBKL bina jejantas - Utusan Malaysia

Minta DBKL bina jejantas

JEJANTAS merupakan satu keperluan kepada pejalan kaki terutama di laluan yang sibuk. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA memohon jasa baik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membina jejantas menyeberangi Jalan Ampang bagi meng-hubungkan Jalan Jelatek dan Jalan Nipah (berhampiran Hospital Gleaneagles Kuala Lumpur) dengan Menara Great Eastern. Jejantas ini perlu berikutan jalan raya di lokasi berkenaan sudah dilebarkan, sekali gus mendatangkan risiko kepada pejalan kaki terutama pada waktu puncak. Mereka terdedah dilanggar motosikal yang bergerak laju di celah-celah kenderaan.

Pembinaan jejantas itu juga mengurangkan risiko pejalan kaki menjadi mangsa ragut. Diharap DBKL mempertimbangkan rayuan saya.

RIZAL AHMAD
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya