Mesej scam: Nestle perlu bertindak - Utusan Malaysia

Mesej scam: Nestle perlu bertindak

penipuan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, saya menerima kiriman mesej WhatsApp yang tertera logo Nestle, kononnya memenangi hadiah berjumlah RM20,000. Apabila melihat nombor yang menghantar mesej tersebut, begitu meragukan kerana bermula dengan +62 888-8504-275, disyaki dari luar negara. Saya terus memadamkan mesej tersebut. Saya bimbang, mesej berangkai tersebut cuba memerangkap mangsa dengan menyatakan mereka layak memenangi hadiah tajaan Nestle Malaysia. Malah lebih membahayakan, mesej tersebut menyertakan nombor WhatsApp yang perlu dihubungi selain turut disertakan pautan laman web kononnya bagi memudahkan pengguna untuk merujuk sebarang maklumat.

Situasi ini amat berbahaya terutama kepada mereka yang mudah terpedaya. Mereka akan mudah menekan pautan diberikan sekali gus mendatangkan risiko kepada maklumat peribadi. Perlu diingatkan kepada orang ramai bahawa tiada jalan mudah atau tawaran pintas untuk kita memenangi sesuatu tanpa ada usaha keras di sebaliknya. Jangan mudah terpedaya atau terpengaruh dengan mesej berangkai dalam zaman pandemik Covid-19 yang sedang menjejaskan ekonomi banyak pihak di negara kita. Modus operandi mereka sangat mudah, hantar ke seberapa banyak nombor dan pasti akan ada mangsa yang terjerat.

Diharapkan Nestle Malaysia dapat mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini kerana banyak elemen boleh diragui daripada mesej yang tidak mempunyai alamat lengkap syarikat lengkap, nama penghantar serta jawatannya.

HASYIR AFHAM
Nibong Tebal, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya