Media sosial penentu kemenangan? - Utusan Malaysia

Media sosial penentu kemenangan?

ADAKAH pengaruh media sosial mampu menentukan kemenangan calon PRK DUN Slim pada 29 Ogos ini?
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Pada 29 Ogos ini, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim akan diadakan. PRK DUN Slim dilihat penting sebagai indikator atau analisa awal perkembangan politik tanah air. Pertukaran tampuk pemerintahan kepada Perikatan Nasional, ditambah krisis pandemik Covid-19 menjadikan kerajaan yang ada sekarang berada dalam keadaan tidak selesa. Masalah ekonomi mengucup dan kadar penggangguran tinggi adalah dua perkara yang perlu diberi perhatian.

Sungguhpun Barisan Nasional (BN) berjaya meletakkan Mohd. Zaidi Abdul Aziz sebagai calon, mereka masih belum berada di bawah lingkungan selamat. BN masih memerlukan bantuan rakan mereka dalam Muafakat Nasional iaitu Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Ketiga-tiga calon yang bertanding semestinya akan menjadikan media sosial sebagai bahan perantara untuk berkempen. Ciri-ciri pada media baharu ini menarik minat masyarakat untuk terlibat sama dalam perkembangan politik. Perkongsian maklumat melalui media sosial akan mempercepatkan proses penghantaran. Maklumat yang dikongsi seperti cadangan, berita, jawapan atau pendapat dapat dijelaskan dengan pantas. Itulah kelebihan media sosial yang berpotensi untuk mengubah anggapan dan persepsi pengundi.

Media sosial membuka era baharu di dalam perkembangan politik tanah air. Media sosial bukan sahaja bertindak sebagai alat perhubungan, namun meliputi urusan komunikasi politik moden. Berkempen menggunakan aplikasi dalam talian adalah mudah dan murah. Tambahan pula capaian Internet di negara kita semakin baik. Memang tidak dapat dinafikan, penguasaan media sosial di era politik moden kini amat diperlukan. Kemenangan dan pengaruh politik dapat dibentuk, seterusnya berupaya untuk menentukan kemenangan dalam pilihan raya.

ZAMRI SARJI
Pusat Asasi UIAM Gambang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya