Kibar Jalur Gemilang lesu? - Utusan Malaysia

Kibar Jalur Gemilang lesu?

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 pada 28 Julai lalu.

Tema Malaysia Prihatin dipilih berikutan usaha semua pihak memerangi pandemik Covid-19 selain menunjukkan inisiatif kerajaan merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat.

Muhyiddin turut berpesan supaya semangat Malaysia Prihatin disemarakkan oleh segenap masyarakat, bukan hanya ketika usaha menamatkan wabak Covid-19.

Kita perlu memulihkan semula ekonomi dan kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik. Muhyiddin turut menyarankan amalan mengibarkan Jalur Gemilang dibudayakan dalam kehidupan seharian kita dengan rela hati.

Mengibarkan dengan megah Jalur Gemilang sepanjang tahun tanpa perlu menunggu adanya program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang.

Bagaimanapun, sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini dilihat seolah-olah tiada sambutan daripada masyarakat. Walaupun negara masih dibelenggu pandemik Covid-19, namun ia tidak bermakna semangat patriotik turut lemah.

Buktinya, kibaran Jalur Gemilang di bangunan-bangunan termasuk premis kerajaan amat lesu, apatah lagi di rumah-rumah kediaman.

Media massa khususnya media elektronik harus memainkan peranan menyemarakkan kempen kibarkan Jalur Gemilang dalam norma baharu.

MANOLITO
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya