Kesal perbuatan hina Jalur Gemilang - Utusan Malaysia

Kesal perbuatan hina Jalur Gemilang

PASTIKAN Jalur Gemilang tidak dikibarkan secara terbalik. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEMUA pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara diharap dapat melakukan operasi secara lebih kerap bagi mengesan pihak-pihak tertentu khususnya peniaga yang sengaja mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.

Janganlah memasang bendera kebangsaan secara terbalik semata-mata kerana kebencian politik sedangkan lambang negara itu tiada kena mengena sama sekali dengan soal politik kepartian.
Di negara kita, ada beberapa akta yang boleh digunakan ke atas mereka yang menghina Jalur Gemilang termasuk Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.
Mengikut akta berkenaan, seseorang boleh dikenakan denda sehingga RM12,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika menghina lambang negara.

HAJI SALIM
Rawang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya