SAUDARA PENGARANG,
BARU-BARU ini saya menggunakan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) di Stesen LRT Ampang Park, Kuala Lumpur. Kemudahan pengangkutan itu cukup selesa dan cekap. Bagaimanapun, sakit mata saya apabila melalui kawasan siar kaki bersebelahan stesen berkenaan. Terdapat banyak lukisan grafiti yang diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab pada tiang-tiang lampu di situ.
Diharapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dapat memadam lukisan berkenaan supaya tidak terus menyakitkan mata pengunjung di situ.
SUKA CANTIK
Rawang, Selangor