Kawal jualan pil pelangsing - Utusan Malaysia

Kawal jualan pil pelangsing

KERAJAAN perlu memperketatkan pemantauan terhadap penjualan pil pelangsing di negara ini supaya tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. –GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUDAH sampai masa kerajaan mengadakan pemantauan ketat terhadap penjualan pil pe­langsing berikutan terdapat dakwaan individu yang mengambil bahan itu mudah diserang penyakit buah pinggang.

Dikatakan pil terbabit jika diambil dalam tempoh lama secara berterusan akan menyebabkan buah pinggang mengecut sehingga pesakit terpaksa menjalani rawatan dialisis.

Dakwaan berkenaan adalah serius kerana pelbagai jenis pil pelangsing kini bebas dijual dan boleh dibeli oleh sesiapa sahaja tanpa kawalan.

Satu kajian perlu dilakukan oleh para pakar bagi mengenal pasti kemungkinan bahan kimia yang dibenarkan dalam pil pelangsing tersebut yang didakwa tidak berbahaya sebenarnya mempunyai kesan buruk.

Kesan buruk itu tidak diketahui kerana tiada kajian mendalam dibuat oleh mana-mana pihak.

Selain itu, kajian juga perlu dilakukan bagi mengetahui kesan mengambil kopi pracampuran dalam peket yang turut didakwa boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Jika benar dakwaan sedemikian, kerajaan perlu melarang penjualan produk berkenaan.

ABANG MONTEL
Kluang, Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya