Kagum dengan kerja kuat Animonsta - Utusan Malaysia

Kagum dengan kerja kuat Animonsta

FILEM BoBoiBoy: The Movie dan BoBoiBoy Movie 2 dijangka mula ditayangkan di pawagam di seluruh Turki pada September ini. – IHSAN ANIMONSTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengucapkan tahniah kepada syarikat animasi tempatan, Animonsta Studios Sdn. Bhd. (Animonsta) kerana dua filem mereka, BoBoiBoy: The Movie dan BoBoiBoy Movie 2 dijangka mula ditayangkan di pawa-gam di seluruh Turki pada September ini. Ini satu lagi kejayaan kepada syarikat itu kerana sebelum ini, BoBoiBoy Movie 2 terpilih sebagai finalis kategori Animasi 3D Terbaik di New York Animation Film Awards 2020 di Amerika Syarikat (AS). Berjaya untuk masuk ke pasaran Turki adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan. Saya percaya, ia berpunca daripada kerja kuat pengurusan syarikat itu untuk mempromosikan filem berkenaan.

Untuk memasuki pasaran Turki bukan mudah kerana terdapat banyak saingan daripada pengeluar filem animasi negara-negara lain yang lebih hebat seperti Korea Selatan, China dan Jepun.
Daripada pengamatan saya, sesebuah filem itu boleh mendapat sambutan jika mempunyai jalan cerita yang bagus. Selain itu, kurangkan elemen tempatan dalam filem jika mahu memastikan ia mudah diterima oleh masyarakat antarabangsa.

PENONTON CILIK
Kuantan, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN