Ganti MyKad lebih canggih - Utusan Malaysia

Ganti MyKad lebih canggih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KALI terakhir kerajaan melakukan penukaran kad pengenalan secara besar-besaran adalah pada 2001 dengan memperkenalkan kad pintar MyKad. Kad ini mempunyai reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan terkini. Antara ciri-ciri terpenting MyKad adalah ia diperbuat daripada bahan polikarbonat dan menggunakan cip baharu yang lebih berdaya tahan. Ia turut mempunyai imej kabur menggunakan teknologi pancaran laser pada permukaan kad bagi mengelak pemalsuan. Pengeluaran MyKad juga mengikut piawaian antarabangsa dan tidak mudah rosak. Pada 2012, turut diperkenalkan beberapa perubahan kosmetik pada MyKad termasuk memperkenalkan satu lagi gambar hitam putih bersebelahan gambar berwarna sedia ada.

Pada masa sekarang, MyKad tidak lagi kalis daripada dipalsukan. Ini terbukti apabila pihak berkuasa mengesan ada kes warga asing memiliki kad pengenalan berwarna biru secara tidak sah. Oleh itu, untuk mencegah pemalsuan ini daripada berterusan, saya mencadangkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melakukan proses penukaran kad pengenalan secara besar-besaran termasuk menukar warnanya. Catatkan maklumat tambahan iaitu nombor sijil kelahiran dan tempat dilahirkan pada kad pengenalan bentuk baharu berkenaan. Maklumat tambahan sebegini akan mempermudahkan semua agensi penguat kuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis, imigresen dan kastam membuat semakan semasa operasi pemeriksaan bagi menentukan keaslian kad pengenalan yang dimiliki seseorang.

OMAR LOLO
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya