Bimbang penguat kuasa jadi tali barut - Utusan Malaysia

Bimbang penguat kuasa jadi tali barut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA cukup bimbang dengan pendedahan pasukan polis baru-baru ini berhubung puluhan pegawai dan anggotanya serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersekongkol dengan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Difahamkan, anggota terbabit bukan dijadikan ‘kambing hitam’ atau diugut, sebaliknya memang mempunyai hubungan erat dengan sindiket. Sebagai balasan, mereka menerima habuan lumayan pada setiap bulan selepas berjaya memastikan aktiviti penyeludupan ‘selamat’ daripada dikesan dan ditahan pihak berkuasa.

Pendedahan itu walaupun mengejutkan, sebenarnya sudah dijangka kerana isu penyeludupan PATI masih berterusan walaupun pelbagai operasi dijalankan oleh agensi-agensi penguat kuasa. Sudah pasti ada pihak yang mendapat ‘habuan’ untuk membocorkan maklumat sehingga menyebabkan operasi menangkap PATI tidak berjaya sepenuhnya.

Saya berharap mereka yang telah dikenal pasti bersekongkol dengan sindiket pemerdagangan manusia itu dikenakan hukuman paling berat. Keberanian anggota terbabit untuk bersekongkol dengan sindiket membuktikan hukuman yang telah dikenakan sebelum ini adalah terlalu ringan dan tidak menakutkan sesiapa.

Peruntukan undang-undang sedia ada juga perlu dipinda di Parlimen bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pengkhianat negara tersebut.

Dalam pada itu, perlu dikaji punca pihak berkenaan sanggup bertindak sedemikian. Sekiranya faktor wang menjadi penyebab, kerajaan perlu mengkaji kemungkinan menaikkan gaji anggota terbabit jika kenaikan itu munasabah dan tidak membebankan kewangan.

DEEN RAMBO
Kota Bharu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya