SAUDARA PENGARANG,
SAYA kecewa dengan keadaan balai raya di Kampung Kenangan Dato’ Abdullah Jaafar, Muar, Johor yang seolah-olah diabaikan pihak berkuasa.
Sejak beberapa tahun lalu, balai raya itu tidak terurus kerana tiada pihak yang dipertanggungjawabkan berbuat demikian.
Saya hairan kenapa tidak dilantik mana-mana pihak untuk menjaga dan menyelia balai raya itu yang sudah lama ditunggu-tunggu penduduk. Kemudahan tersebut dibina setelah penduduk membuat permohonan dan rayuan.
Kini, kemudahan berkenaan terbiar. Inilah satu-satunya tempat untuk masyarakat setempat mengadakan kenduri-kendara dan majlis perkahwinan.
Saya menyeru pihak berwajib agar mengambil berat dan prihatin kepada masalah rakyat.
DZANMUO
Bakri, Muar