BMF terus kukuh - Utusan Malaysia

BMF terus kukuh

PEMILIK Lesong Mart cawangan Seri Kembangan, Selangor, Norhamimah Neemat berbangga dapat membantu memasarkan produk Muslim bumiputera di rangkaian pasar raya itu. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAMAI menganggap kempen Buy Muslim First (BMF) semakin suram. Kempen yang mula tercetus sekitar akhir 2018 itu telah memberi impak besar kepada ekonomi negara. Apatah lagi ia meningkatkan kuasa membeli dalam kalangan pengguna kepada sektor perniagaan Muslim bumiputera. Kempen tersebut bukan bertujuan memboikot produk bukan Muslim tetapi
mengutamakan produk Muslim yang lebih terjamin halal, berkualiti dan bersih.

Pada permulaan kempen, banyak pihak terutama pemimpin bukan Islam melatah dan tidak selesa. Ramai juga menganggap kempen ‘kecil-kecilan’ itu tidak mampu menggerakkan strategi pembinaan rantaian pengeluaran produk terutama sektor makanan halal atau sekurang-kurangnya membuka lebih banyak pusat beli-belah atau pasar raya yang mengutamakan produk
Muslim bumiputera.

Pada Mac lalu, kita berbangga apabila sebuah pusat beli-belah yang memasarkan produk Muslim bumiputera, Malakat Mall dibuka di Cyberjaya. Ia sekali gus membuktikan langkah untuk bergerak lebih maju dalam usaha tersebut tidak berhenti separuh jalan. Usaha sedemikian mampu meningkatkan penyertaan usahawan bumiputera dalam pasaran runcit kerana terdapat kajian
menunjukkan sektor peruncitan bumiputera masih tidak berkembang disebabkan tidak dapat menyertai pasaran.

Selain pusat beli-belah, rangkaian pasar raya produk Muslim bumiputera turut dilancarkan di bawah jenama Lesong Mart. Misinya untuk membuka 700 pasar raya di seluruh negara pada tahun ini.

PENGGUNA BMF
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya