Bahaya microsleep boleh bawa maut - Utusan Malaysia

Bahaya microsleep boleh bawa maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini seorang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) meninggal dunia semasa menunggang motosikal kerana mengalami microsleep. Ketika itu, Allahyarham Amin Faizz dalam perjalanan dari Kluang, Johor menuju UPM sebelum motosikalnya terbabas di Linggi, Negeri Sembilan.

Sebelum kemalangan, Allahyarham sempat memuat naik status di Instagram Story miliknya dengan mengatakan dia sudah dua kali mengalami microsleep dan terpaksa memberhentikan motosikal.

Situasi berkenaan mungkin pernah dialami oleh pemandu kenderaan lain. Kebiasaannya individu yang mengalaminya tidak menyedari mereka telah tertidur.

Kita boleh mengenal pasti lebih awal tanda-tanda microsleep iaitu pandangan berasa kosong, fikiran menerawang jauh, lambat bertindak balas terhadap sebarang maklumat atau tersentak secara tiba-tiba. Semua tanda-tanda ini boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka.

Microsleep biasanya disebabkan oleh rasa mengantuk yang teramat sangat dan digabungkan dengan tugas yang membosankan seperti memandu atau menonton televisyen. Semakin tinggi rasa mengantuk, semakin tinggi potensi untuk anda mengalami microsleep.

Apabila dalam keadaan mengantuk, sebahagian otak sebenarnya mula tertidur atau tidak berfungsi sepenuhnya walaupun secara fizikal kita masih terjaga.

Jika keadaan ini berlaku, elakkan dari memandu kenderaan. Berhenti seketika di kawasan rehat dan rawat (R&R) jika anda menguap tanpa henti ketika memandu kenderaan. Ia bukan sahaja boleh membahayakan nyawa sendiri malah mengundang kecelakaan kepada pengguna jalan raya lain.

KHAIRIL
Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya