PETALING JAYA: Pasukan boling negara bersiap sedia untuk mempertahankan kejuaraan Kejohanan Terbuka Malaysia ke-43 dengan harapan besar diletakkan ke atas pemain senior dan pelapis yang semakin menyerlah. Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Maradona Chok berkata, skuad negara kini berada di tahap terbaik dan bakal memberikan saingan hebat kepada lawan di kejohanan kali ini. “Kami mempunyai pasukan yang sangat kuat ketika ini. Dari segi prestasi, pencapaian dalam Kejohanan Asia dan Kejohanan Dunia membuktikan bahawa pasukan Malaysia kini berada pada tahap terbaik dalam sejarah,” katanya. Katanya, kejohanan seperti IBF World…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya