Program pembangunan bakat muda pelumba motosikal negara bakal melalui proses peralihan apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Petronas berhasrat untuk melepaskan kepada pihak yang sewajarnya menggalas tanggungjawab tersebut. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Datuk Razlan Razali ketika ditemui, baru-baru ini, tanpa berselindung menyuarakan pandangannya bahawa peranan bagi membangunkan pelumba-pelumba muda negara seharusnya diserahkan kepada Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM). Sebagai badan induk yang bertanggungjawab, MAM perlu bersedia menggalas tugas tersebut dengan disokong oleh ZK Racing yang selama ini bertindak menguruskan program bakat muda di peringkat akar umbi. ZK Racing yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya