PETALING JAYA: Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Datin Anita Azrina Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) baharu menggantikan Tan Sri Azman Yahya yang meletakkan jawatan. SIC dalam kenyataannya berkata, Azman yang menyertai Lembaga Pengarah sejak 2010 dilantik sebagai pengerusi SIC pada 2016. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, sepanjang menggalas tugas, Azman telah membuktikan dirinya sebagai pemimpin yang berwawasan. “Beliau berjaya mengubah SIC sebagai destinasi sukan pemotoran bertaraf dunia dan legasinya akan terus memberi inspirasi kepada generasi pemimpin seterusnya,” katanya. Hannah turut mengalu-alukan pelantikan Anita yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya