PARIS: Pemain gantian Harvey Elliott yang dimasukkan pada lewat permainan membantu Liverpool mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di sini, pagi ini. Elliott yang menggantikan Mohamed Salah memecah kebuntuan mencari gol pada minit ke-87 apabila menyempurnakan hantaran rakan sepasukan, Darwin Nunez sekali gus memberi kelebihan kepada pelawat dalam pertemuan kedua berikutnya. Perlawanan hari ini menyaksikan Liverpool bergelut dengan corak permainan bertenaga PSG yang melancarkan 28 percubaan ke gawang lawan termasuklah jaringan Khvicha Kvaratskhelia yang kemudian dibatalkan kerana ofsaid. Kemenangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya