KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak, mengakui pasangan Pearly Tan-M. Thinaah masih belum mencapai tahap sebenar permainan mereka tetapi menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Pasangan No. 5 dunia ini sedang berusaha membentuk konsistensi kerana setiap kejohanan mempunyai cabaran berbeza yang memerlukan penyesuaian taktikal dan mental. Di Orleans Masters baru-baru ini, mereka tewas kepada beregu China yang baharu, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian, satu kekalahan yang menambah rekod kurang baik mereka menentang lawan dari negara itu. Namun, Rosman percaya ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang perlu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya