BUENOS AIRES: Selepas kehilangan Lionel Messi, kini giliran penyerang Argentina, Lautaro Martinez terlepas perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Uruguay dan Brazil akibat kecederaan otot paha. Martinez yang beraksi bersama Inter Milan kekal di bangku simpanan ketika menewaskan Feyenoord pada perlawanan kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), minggu lalu kerana ketidakselesaan otot. Penyerang berusia 27 tahun itu kembali beraksi dan menjaringkan gol ketika Inter menang 2-0 ke atas Atalanta dalam saingan Serie A, Ahad lalu sebelum menyertai skuad kebangsaan Argentina bimbingan Lionel Scaloni. Bagaimanapun, dia terpaksa diketepikan akibat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya