MONTEVIDEO: Argentina hampir pasti berada di Piala Dunia 2026 selepas gol tunggal Thiago Almada membolehkan mereka menang 1-0 ke atas Uruguay di Estadio Centenario, semalam. Penyandang juara dunia itu awalnya diramal bakal menamatkan perlawanan dengan keputusan seri selepas mendapat tentangan sengit Uruguay yang menewaskan Argentina 2-0 di Buenos Aires pada aksi awal kempen kelayakan tersebut. Pada aksi itu, Almada, 23, menahan bola sebelum melakukan rembatan padu dari luar kotak penalti ke penjuru kanan gol yang gagal diselamatkan penjaga gol Uruguay, Sergio Rochet pada minit ke-68. Argentina bagaimanapun, terpaksa mengakhiri permainan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya