LONDON: Bintang Liverpool, Trent Alexander-Arnold dilaporkan bersetuju untuk menyertai gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan kontrak lumayan bernilai 240,000 pound (RM1.37 juta) seminggu bagi tempoh lima tahun. Keputusan pemain berusia 26 tahun itu menamatkan spekulasi panjang mengenai masa depannya selepas beliau menjadi antara pertahanan terbaik dunia dan berada dalam radar Los Blancos sejak sekian lama. Alexander-Arnold, yang membesar bersama akademi Liverpool sejak berusia enam tahun, bakal meninggalkan Anfield secara percuma apabila kontraknya tamat musim panas ini. Difahamkan, beliau menerima tawaran 13 juta pound (RM74.4 juta) setahun daripada Real, jauh lebih tinggi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya