PETALING JAYA: Peminat Kedah Darul Aman (KDA) FC dilihat sudah mula mendaftar menjadi ahli ‘The Wing’ dalam usaha membantu skuad Sang Kenari keluar daripada kemelut kewangan. Berdasarkan laman Facebook Kedah Darul Aman FC, jumlah peminat yang telah mendaftar mencecah seramai 5,000 orang sehingga pukul 4 petang semalam dan ia dijangka bertambah dari masa ke semasa. “Masih berbaki 15,000 lagi untuk merealisasikan misi 20,000 ahli The Wing!. Ayuh penyokong setia Sang Kenari, sertai keluarga besar ini sekarang dan tunjukkan sokongan padu anda,” kata kelab itu menerusi kenyataan di Facebook. Sasaran 20,000…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya