PETALING JAYA: Penembak elit negara, Alia Sazana Azahari, mencipta sensasi apabila bukan sahaja merangkul pingat emas, malah memecahkan rekod Asia dalam acara 25 meter (m) pistol wanita di Kejohanan Raifal/Pistol Piala Asia 2025 di Bangkok, Thailand, kelmarin. Setiausaha Kehormat Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM), Jasni Shaari, menyifatkan kejayaan luar biasa itu sebagai detik kebangkitan Alia selepas prestasi yang kurang menyerlah tahun lalu. “Kami memang menunggu saat ini kerana tahun lalu prestasinya agak mendatar, bukan bermakna dia tidak bagus, tetapi kini dia membuktikan keupayaannya. “Apabila beliau sampai di kemuncak prestasi pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya