MANCHESTER: Pengendali Manchester United, Ruben Amorim memberitahu, Marcus Rashford meninggalkan kelab tersebut selepas tidak melihat pandangannya mengenai cara bermain bola sepak. Rashford, 27, menyertai Aston Villa, Ahad lalu secara pinjaman sehingga akhir musim setelah tidak bermain untuk United sejak menyatakan keinginannya untuk mencari cabaran baharu, Disember lalu. Villa mempunyai pilihan untuk menjadikan perjanjian itu sebagai perpindahan tetap tetapi perlu membayar kos 40 juta pound (RM220 juta). “Saya tidak dapat membuat Marcus melihat cara anda sepatutnya bermain bola sepak dan berlatih dengan cara yang saya lihat. “Kadang-kadang anda mempunyai seorang pemain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya