PETALING JAYA: Ketua jurulatih hoki dalam dewan lelaki negara, Mohd Rodzhanizam Mat Radzi mengakui kegagalan memanfaatkan peluang menjaringkan gol menyebabkan mereka terpaksa menerima kekalahan 3-0 kepada juara Asia, Iran dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, semalam. Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia mengakhiri saingan kumpulan di tangga tercorot selepas tewas ketiga-tiga perlawanan apabila dibelasah juara dunia tiga kali, Jerman 12-4 pada 3 Februari dan tewas 5-2 kepada juara Amerika Selatan, Argentina, Selasa lalu. Turun tanpa sebarang sasaran yang ditetapkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dan kini skuad…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya