PETALING JAYA: Skuad berbasikal trek negara mempamerkan pencapaian memberangsangkan apabila membutirkan empat pingat emas secara keseluruhan dengan atlet wanita menjadi penyumbang utama di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025. Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menjadi tumpuan apabila menyumbang dua emas bagi acara ujian masa satu kilometer (km) dan keirin selain perak bagi pecut berpasukan dan gangsa acara pecut individu sekali gus mengulangi pencapaiannya di kejohanan musim lalu. Mengulas lanjut, jurulatih trek berbasikal negara, Harnizam Basri mengakui percaturan yang dilakukannya dalam kejohanan tersebut membuahkan hasil terutamanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya