TIBANYA bulan Syaaban menandakan Ramadan akan menjelang tidak lama lagi. Pada bulan ini, umat Islam digalakkan untuk membanyakkan puasa sunat bagi mempersiapkan diri menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan meraih ganjaran pahala sebanyak-banyaknya. Amalan puasa sunat pada bulan Syaaban dan sebelum ini bulan Rejab penting untuk melatih diri sebelum menjalani ibadah puasa selama sebulan pada bulan Ramadan. Persediaan ini diperlukan supaya puasa Ramadan dapat dilaksanakan dengan penuh ketaatan dan keselesaan dari segi fizikal serta mental. Di samping anjuran berpuasa, Islam juga telah mengajarkan umatnya untuk sentiasa membersihkan hati dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya