MANCHESTER: Manchester City mengangkat bendera putih dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan memilih bersaing bagi melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara, musim depan. Peluang untuk mempertahankan kejuaraan EPL nampak sukar selepas anak buah Pep Guardiola kini ketinggalan 20 mata di belakang Liverpool selepas tewas kepada pendahulu liga itu 2-0, semalam. Kekalahan itu menyebabkan Liverpool mendahului 11 mata di puncak dan kelihatan sudah hampir memegang trofi yang dimiliki oleh pasukan Guardiola selama empat musim berturut-turut sebelum ini. Realitinya, City kini perlu berjuang untuk menduduki tempat yang cukup tinggi dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya