PETALING JAYA: Peletakan jawatan pengarah teknikal terjun Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Bryan Nickson Lomas mencetuskan tanda tanya negara manakah yang akan menjadi destinasi beliau untuk meneruskan legasinya sebagai jurulatih. Bekas penerjun negara itu dibawa masuk oleh badan induk berkenaan pada Oktober 2023 dengan tanggungjawab yang besar memulihkan prestasi skuad terjun negara yang turun naik. Difahamkan, beberapa buah negara antaranya Korea Selatan, Jepun dan China cuba memikat minat beliau Disember lalu dan dia telah memilih salah satu daripadanya, namun merahsiakannya. Namun, Bryan enggan mendedahkan negara mana yang bakal beliau kemudi, sebaliknya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya