DOHA: Novak Djokovic menggesa pihak berkuasa tenis untuk mengkaji semula sistem antidoping yang dianggap tidak konsisten melibatkan pemain bertaraf bintang seperti Jannik Sinner dan Iga Swiatek berbanding pemain di ranking bawah. Sinner selaku pemain nombor satu dunia dilaporkan bersetuju dengan hukuman penggantungan selama tiga bulan selepas mengambil tanggungjawab atas kesilapan pasukan menyebabkan dia diuji positif clostebol sebanyak dua kali. Sinner sebenarnya berdepan hukuman penggantungan dua tahun selapas Agensi Anti Doping Dunia (WADA) merayu kepada Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) supaya mengkaji semula keputusan pembebasan awal yang dikeluarkan oleh Agensi Integriti Tenis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya