KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi memaklumkan bahawa beliau memerlukan masa yang secukupnya untuk membentuk prestasi juara remaja dunia 2024, Aaron Tai-Kang Khai Xing. Menurut jurulatih dari Indonesia itu, beliau mendapati pasangan muda ini mempunyai kualiti permainan yang diperlukan biarpun tersingkir pada aksi pusingan kedua di Thailand Masters 2025, baru-baru ini. “Mereka (Aaron-Khai Xing) ini masih muda. Perkembangan bakat mereka sangat memberangsangkan. “Bagaimanapun, kita juga perlu lihat bagaimana mereka ini akan berkembang pada masa hadapan,” kata Herry kepada pemberita selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya