PETALING JAYA: Musim 2025 amat penting bagi menentukan hala tuju karier pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli sama ada dia mampu menempatkan dirinya ke dalam kancah Kejuaraan Motosikal Dunia secara merit atau ia berlaku sebaliknya. Untuk meraih laluan lebih mudah ke perlumbaan berprestij itu, pelumba yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu memastikan dia menamatkan saingan Piala Red Bull Rookies, musim ini di kedudukan tiga terbaik. Ini kerana kedudukan tersebut menjanjikan tempat buat Hakim Danish untuk bergelar pelumba Moto3 secara automatik dan tidak perlu pening kepala mencari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya