PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tetap optimis rezeki yang lebih baik menanti di hadapan meskipun akur merangkul pingat perak dalam acara keirin lelaki elit Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025, kelmarin . Dia yang mempamerkan kayuhan luar biasa sepanjang perlumbaan, bermula dari pusingan kelayakan hingga ke separuh akhir, mengakui sudah memberikan segala-galanya di atas trek. “Saya kayuh dengan sepenuh tenaga dalam setiap perlumbaan dan saya sangat yakin mampu memberikan sesuatu dalam final,” katanya. Bagaimanapun, strategi pasukan Jepun yang menguasai kedudukan hadapan menyukarkan pergerakan Shah, yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya