BARCELONA: Sasaran Atletico Madrid mencari kemenangan pertama di tempat lawan meleset selepas terikat 4-4 dengan Barcelona dalam aksi separuh akhir pertama Piala Raja Sepanyol walaupun seketika mendahului perlawanan 2-0. Selepas Atletico selesa dengan jaringan Julian Alvarez and Antoine Griezmann, gergasi Catalan itu bangkit mempamerkan persembahan memukau menyumbat empat gol menerusi Pedri Gonzalez, Pau Cubarsi, Inigo Martinez dan Robert Lewandowski. Namun, jaringan gol tidak berhenti di situ, Atletico kembali melawan dengan jaringan Marcos Llorente sebelum Alexander Sorloth mengikat kedudukan ketika perlawanan memasuki minit ke-93 untuk perlawanan kedua di Stadium Metropolitano pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya