KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) turun dengan misi menembusi gawang Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai bekalan dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di laman sendiri, Jumaat ini. Ketua Jurulatihnya, Badrul Afzan Razali berkata, Sang Penyu tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan berdepan penyandang juara Piala Malaysia itu kerana jaringan sangat penting dalam format perlawanan timbal balik, apatah lagi beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Mengakui ia tugas yang getir, beliau mengingatkan anak buahnya supaya tidak gentar bermain dengan corak permainan yang diaturkan selain tidak melakukan kesilapan mudah.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya