KUALA LUMPUR: Mentaliti juara yang diterapkan dalam pemikiran pemain menjadi faktor kejayaan Pasukan Hoki Terengganu (THT) menamatkan dominasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kemenangan bergaya 2-1 untuk menjulang Piala Sumbangsih 2025, kelmarin. Ketua jurulatih THT, Mohd Harfizi Baharom berkata, anak-anak buahnya telah mengotakan janji untuk menewaskan juara treble musim lalu dengan permainan bersih dan penuh berdisiplin. “Pemain hari ini betul-betul menetapkan mentaliti mahu menang perlawanan ini tanpa perlu ke pukulan penalti. Mereka mahu kemenangan bersih, dan itu yang telah kita capai. “Namun, kita masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya