BATANG selasih permainan budak, Daun selasih dimakan kuda, Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga. Burung merpati terbang seribu, Hinggap seekor di tengah laman, Hendak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan. Kalau tuan mudek ke hulu, Carikan saya bunga kemboja, Kalau tuan mati dahulu, Nantikan saya di pintu syurga. Indah sungguh bait lirik lagu bertajuk Gurindam Jiwa, nyanyian Rafeah Buang dan R. Ismail. Lagu yang dihasilkan pada 1965, genap 60 tahun beredar dalam lipatan panggung masyarakat Melayu. Rangkapnya begitu kemas, syahdu, meyakinkan, menzahirkan manifestasi cinta, kasih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya