ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal kembali berlatih di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH) hari ini setelah Perbadanan Stadium Negeri Kedah (PSNK) ‘berlembut’ untuk membenarkan mereka menggunakan padang tersebut hingga 10 Januari ini. Menurut sumber dalaman pasukan, kebenaran itu bagaimanapun bersyarat dengan pihak KDA FC diminta memberikan komitmen untuk membayar sebahagian daripada tunggakan sewaan padang tersebut. Situasi itu dilihat mendatangkan sedikit kelegaan kepada Sang Kenari setidak-tidaknya untuk mereka membuat persiapan bagi menghadapi Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) pada 10 Januari nanti. “Memang sebelum ini kami tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya