KUALA LUMPUR: Hanya aksi terbaik dijanjikan Leong Jun Hao, sekalipun menyedari lawan yang bakal ditentangnya seawal pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil bukanlah calang-calang pencabar. Pemain No. 16 dunia, Lu Guang Zu dari China bakal menjadi penghalang pertama wakil tunggal perseorangan lelaki negara itu dan bintang No. 1 dunia, Shi Yu Qi menantinya di peringkat 16 terbaik jika anak jati Kuala Lumpur tersebut menghidupkan peluang. “Saya jumpa Guang Zu pada pusingan pertama, dia seorang pemain yang sangat sukar, tahun lepas dia kalahkan Zii…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya