Jojo cabar jaguh Columbia malam ini 

Jojo cabar jaguh Columbia malam ini 

Muhammad Johan Ghazali Zulfikar (kiri) dan jaguh Colombia, Johan Estupinan ketika sidang media pertarungan ONE 170 di Impact Arena di Bangkok, Thailand. - IHSAN ONECHAMPIONSHIP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar sudah merangka strategi terbaik untuk menumbangkan jaguh Colombia, Johan Estupinan dalam pertarungan ONE 170 di Impact Arena di Bangkok, Thailand, 8.30 malam ini.

Dia yang mesra disapa Jojo, berkata dirinya tidak gentar dengan rekod cemerlang lawannya yang masih belum pernah tewas dalam pertarungan ONE Championship setakat ini dan menegaskan ketepatan waktu menjadi senjata mampu menumbangkan Estupinan.

“Estupinan memang pantas, tetapi kepantasan dapat dikalahkan dengan ketepatan waktu dan ketepatan lebih penting daripada kekuatan.

“Jadi, saya rasa satu perkara tentang Estupinan adalah dia sering terkena pukulan dalam hampir setiap pertarungan.

“Saya tidak akan menjadi orang yang akan kalah knockout (KO),” kata Johan yang lengkap berbaju melayu berserta samping dalam sidang media menjelang pertarungan menentang Estupinan, semalam.

Johan, 19, turun dengan misi memburu kemenangan ketujuh daripada lapan penampilan dalam ONE Championship.

Dalam pertarungan terakhirnya di ONE Championship, Jojo bangkit daripada kekalahan di tangan Nguyen Tran Duy Nhat dari Vietnam dengan kemenangan KO ke atas jaguh Mexico, Josue Cruz pada ONE 168: Denver di Ball Arena, Denver, Colorado, Amerika Syarikat, September tahun lalu.

Kemenangan itu bukan sahaja memperbaiki rekodnya dalam ONE Championship kepada 6-1, malah Johan turut membawa pulang bonus prestasi sebanyak AS$50,000 (kira-kira RM222,000).

Bagaimanapun, cabaran lebih sukar menanti Jojo kali ini namun latihan khas dijalaninya sepanjang berada di Thailand mampu menjadi senjata rahsianya pada perlawanan itu.

Estupinan, 23, yang diberi julukan “Panda Kick” dan memegang rekod sempurna 25-0, turut mencipta nama sebagai bintang muda berbisa dengan empat kemenangan berturut-turut di pentas ONE Championship, termasuk tiga kemenangan KO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya