JEDDAH: Bintang remaja Gavi dan Lamine Yamal membantu Barcelona mara ke perlawanan akhir Piala Super selepas jaringan mereka menewaskan Athletic Bilbao 2-0 di sini hari ini walaupun tanpa kelibat perancang utama Dani Olmo. Olmo sebelum ini dibenarkan bermain atas tiket sementara berikutan masalah memperbaharui lesen seperti yang dialami rakan sepasukan Paul Victor, namun keputusan itu terlalu lewat menyebabkan kelab tidak dapat menyenaraikan dalam kesebelasan. Gavi meletakkan Barca di depan seawal minit ke-17 sebelum Yamal mengukuhkan kedudukan pada babak kedua untuk menghukum penyandang juara Copa del Rey itu sehingga wisel penamat.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya